Jumaat, 14 Januari 2011

Latar Belakang JPNIN

Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara ini pada waktu itu. Sejak penubuhannya pada tahun 1969 itu, Jabatan Perpaduan Negara telah mengalami perubahan-perubahan seperti berikut ;

Tahun 1972
Jabatan Perpaduan Negara telah dicantumkan dengan Pejabat Muhibah Negara dan dijadikan Kementerian Perpaduan Negara.

Tahun 1974
Ditukar nama dari Kementerian Perpaduan Negara kepada Lembaga Perpaduan Negara dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tahun 1980
Lembaga Perpaduan Negara dicantumkan dengan Urusetia Rukun Tetangga dan dinamakan Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tahun 1983
Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara diubah kembali kepada nama asalnya iaitu Jabatan Perpaduan Negara.

Tahun 1990
Pada 27 Oktober 1990, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Tahun 2004
Pada 27 Mac 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dinamakan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional.

Tahun 2008
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan.

Tahun 2009
Pada 9 April 2009, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Definasi
Bagi memahami secara lebih jelas tentang program-program Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta isu-isu perpaduan dan integrasi nasional, beberapa konsep dan istilah yang berkaitan perlu difahami.
Perpaduan Negara
Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
(Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992)
Integrasi Nasional
Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
(Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991)
Bangsa Malaysia
Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)

Khamis, 13 Januari 2011

ORGANISASI KRT ZON 8 SETIA INDAH

      PENGERUSI : EN.TALIB BIN MAHAT

SETIAUSAHA : EN.JAMIL HAFIZ BIN IBRAHIM


BENDAHARI : EN.OSMAN BIN HARUN





AHLI  JAWATANKUASA KRT ZON 8
PUAN NORIZAH BT ATAN

EN.ROZAILEE B.ABD.RAHMAN

EN.LIEW MIN HONG


EN.FAIZAL BIN HARUN

PUAN BAIZURAH BT AHMAD



EN.ZULKIFLI
EN.AZIZAN B.AWANG

EN.ZAKI BIN TALIBIN

Rabu, 12 Januari 2011

AKTIVITI SEPANJANG 2010





LAPORAN AKTIVITI 2010

KRT & KUMPULAN YASSIN RAUDHATUL JANNAH
TAMAN SETIA INDAH JOHOR BAHRU


LAPURAN AKTIVITI TAHUN 2010




BIL
TARIKH
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1
1/1/10
Mesyuarat JKKK di Masjid Al- Najah Taman Daya



2
5/1/10
Perlawanan Bola Sepak & Kumpulan Bakar Batu



3
9/1/10
Yassin & Tahlil rumah En Latif, 77 Jln SEtia 8/12.



4
21/1/10
Mesyuarat Yassin



5
24/1/10
Lawatan Hospital Tun Aminah JB, Isteri En Jamil Ibrahim.



6
26/1/10
Perlawanan Bola Sepak & Team Kluang



7
31/1/10
Mesyuarat Penyelarat KRT Zon Dun Puteri Wangsa Balai Raya Taman Daya



8
11/2/10
Tahlil & Solat Hajat, Mesyuarat Agung Yassin. Rumah En Zaki, NO 9 Jln SEtia 8/3.



9
27/2/10
Maulidur-Rasul KRT Zon Dun Puteri Wangsa di Felda Ulu Tebrau



10
27/2/10
Sambutan Tahun Baru Cina KRT Zon 5 Taman Setia Indah



11
28/2/10
Perlawanan Bola Sepak & Pantai Timur



12
5/3/10
Yassin&Tahlil Rumah En Mazlan, No 12 Jalan Setia 8/3



13
7/3/10
Maulidur-Rasul Flat Enau, Taman Daya, JB



14
11/3/10
Yassin & Tahlil rumah En Talib, No 10 Jln Setia 8/3.



15
13/3/10
Maulidur-Rasul Surau Nurul Falah, Tmn Setia Indah, JB



16
3/4/10
Majlis Potong Jambul Rumah En Mustafa Sultan.



17
9/4/10
Majlis Ibadah Hakikah En Chek Othman



18
10/4/10
Majlis Sambutan Maulidur_Rasul 1431H, Penveramah YB Dato’ Mohd Tahrir Bin Dato’ Hj Samsudin. Mufti Negeri Johor.



19
24/4/10
Yassin & Tahlil rumah En Karim Sudiran, 23 Jalan Setia 8/13.



20
22/5/10
Yassin & Tahlil rumah En Nizam, Jalan Setia 8/12.



21
3/6/10
Mesyuarat AJK KRT



22
12/6/10
Yassin & Tahlil rumah En Salleh, No 2 Jalan Setia 8/23



23
26/6/10
Yassin & Tahlil di Bukit Batok Singapora



24
2/7/10
Perjumpan dengan Ketua Balai Polis Taman


Setia Indah.



25
9/7/10
Maghrib – Yassin & Tahlil rumah En Azahari Jalan Setia 7.

Isyak – Yassin & Tahlil rumah En Kamil Jalan Setia 8/5.



26
18/7/10
Kejohanan Bowling di Daiman Bowl, Johor Jaya.



27
24/7/10
Yassin & Tahlil rumah Wan Rahim Wan Jusoh, No 5 jalan Setia 8/2.



28
25/7/10
Seminar pemantapan integrity jawatankuasa rukun tetangga Daerah Johor Bahru di Dewan Seminar M-Suite Hotel JB.



28
29/7/10
Yassin & Tahlil rumah Hussin Putih No 68  Jalan Setia 8/11.



29
31/7/10
Yassin & Tahlil rumah Pn Kamariah, No 46 Jalan Setia 12/22.



30
31/7/10
Majlis Perasmian Penutup Motivasi UPSR SK Taman Daya 3.



31
5/8/10
Yassin & Tahlil berkelompok rumah Othman Haron, No 10 Jalan Setia 8/6.



32
15/8/10
Memberi sumbangan bahan masakan kepada Rumah Penjagaan Warga Emas Nur-Ehsan, Jalan Denai 1, Kempas.



33
21/8/10
Memberi sumbangan bahan masakan kepada Pertubuhan Anak Yatim Islam Daerah Kota Tinggi, Johor.



34
31/8/10
Sumbangan roti kepada penduduk Jalan Setia 8 dalam program mengibarkan  jalur gemilang.



35
1/9/10
Berbuka puasa bersama Ketua Polis Johor Bahru Selatan di Balai Polis Taman Setia Indah.



36
20/9/10 &
Program Marhaban dan kunjungan hari raya dari rumah kerumah penduduk

1/10/10




37
23/9/10
Program Marhaban Balai Polis Taman Setia Indah



38
10/10/10
Marhaban Dan Kunjungan Hari Raya Rumah Datuk Maulizan Bin Bujang, Excho Kerajaan Johor.



39
11&12/10/10
Kelas Al-Quran



40
15/11/10
Majlis perjumpaan dengan ketua penduduk jajahan Balai Polis Taman Setia Indah, di Taman Mount Austin.



41
16/11/10
Program Tadbir hari Raya Haji Ke rumah-rumah



42
17/11/10
Majlis Ibadah Qurban di Surau Nurul-Falah Taman Setia Indah.



43
16/12/10
Mesyuarat AJK KRT



44
19/12/10
Kejohanan Badminton KRT Zon 8 Taman Setia Indah.